Monday, March 18, 2013

Penggosok pinggan

Sebelum cuti, aku cuci toilet, lantai, dinding, sinki guna penggosok pinggan mangkuk yang bentuk bulat ala-ala net gitu. Sebab takda benda lain, so aku guna la net tu. Memang berkilat bercahaya kelip-kelip lantai dinding semua aku tonyoh guna tulang empat kerat aku nih. Then, penggosok tu aku letak kat sinki, kat tepi.

Dah lama penggosok tu ada kat sinki, dalam bilik ayaq........

Tadi masa aku mandi, terasa pulak nak tonyoh-tonyoh lantai. Tup tup aku terperasan penggosok tu dah hilang. "Hish sapa pulak memandai pi buang nih" ngomel aku di dalam hati. Hee Hee Hee Hee.

Okay, aku ignore ja sampai la aku lupa.

Beberapa ketika kemudian, sedang leka aku mengendap abang-abang belakang rumah ni kat tingkap dapoq rumah aku bersebelahan dengan sinki tempat basuh pinggan, tup tup aku terperasan net penggosok pinggan mangkuk itu berada di dalam bekas Axion. Tak sangkanya aku. Depa ambik net yang aku tonyoh dinding lantai sinki tu buat tonyoh pinggan pulak. Ohh My Allah. Betapa gelinya aku.

Takkan la depa tak nampak betapa berlumutnya net tu. Wattudu? Guwa kelu sejuta kata. Esok-esok lah guwa buang dan gantikan dengan yang baru. Lalalalalalalalalalalalala~~

Comeback

Kononnyaaa....

Dah lama dah tinggai blogspot. Sudah lama jugak la guwa memprivatekan blog ini. Hari ni guwa rindu nak menaip panjang-panjang. Segala kata cacian yang telah guwa berikan telah pun guwa padam untuk menjaga hati semua pihak yang dok ada yang sensitive tak kena gaya padahal hasil cacian guwa ini tak pernah langsung tertuju dekat depa-depa semua yang dok ada yang kuat perasan..! Ouhh ouuhh ooww ohhh♬♫♪

Harap-harap lepas ni takdak dah sesapa yang gatai-gatai nak bermasam muka tak tentu pasai. Jangan perasan diri anda itu famous terlampau sehinggakan apa sahaja topik yang menjadi bualan secara otometiknya hendak di-relate-kan dengan diri anda yang tak berapa nak hotsetap itu. Okay lah menyampah pulak I rasa.

Jangan sangka I diam, I taktau apa-apa nahhhh. Ni orang, walaupun diam macammana sekalipun, tetap ada perasaan. Jangan perasan nak buli I kalau anda semua belum kenal I siapa. Hah Hah Hah Hah