Monday, June 29, 2015

Susahnya nak olah perasaan dalam bentuk perkataan.!

Perasaan marah. Yaa. Marah dengan diri sendiri. Marah dengan orang sekeliling. Marah dengan keadaan dan situasi yang selalu tak menyebelahi. Tapi boleh marah dalam hati ja. Tak mampu nak luah dengan kata-kata. Kalau marah maki hamun sekali pun tetap tak dapat ubah apa-apa. Lebih baik diam. Tapi diam tu sakit. Yaaa… sangat sakit.!

Bila hati dah rasa sakit, mula lah timbul perasaan benci. Benci yang teramat sangat. Ya Allah…. Macam mana nak buang perasaan benci ni.? Rosak laaa hati saya……

Abaikan perasaan benci tu… yaa.. abaikan……………

Hilang benci mula lah timbul rasa sedih. Sedih dan sedih dan menangis. Hati menangis tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang memahami. Letihnyaaaa…

Bila rasa sedih, tak sampai hati nak membenci. Mula lah rasa simpati. Simpati kenapa lah aku membenci. Membenci kepada orang yang sepatutnya disayangi…

Semua ni takdir. Jangan salahkan takdir. Allah uji tanda Allah sayang.

Sayang.?


Alhamdulillah… Allah masih sayangkan saya. Tapi, untuk merasai “sayang” itu, saya perlu “kuat”. 

Monday, March 16, 2015

Hidup

Tiktoktiktoktiktok dah 7 bulan aku habis belajar dan dah 7 bulan jugaklah aku bergelar pekerja. Bosan jugak life sebagai pekerja ni rupanya. Dulu masa belajar, kalut sangat nak kerja. Tapi bila dah kerja, tetiba rasa macam nak sambung belajar lagiiiii. Hmmm...duniaaa duniaaa... Selalu rasa tak adil.!

Setiap hari dengan penuh semangatnya bangun pagi, mandi dan solat subuh. Tapi lepas subuh, semangat yang tadi tu terus hilang. Hilang pi mana pun taktau la. Apa yang aku tau, lepas subuh kena sesiap untuk pi kerja. Yaaa, kerjaaa.! Dan aku dah mula bosan dengan kerja ni. Dah 2 bulan lebih aku kerja di sini dan teramat sangatlah tak best.!

Tahun lepas, lepas ja submit research paper, terus aku dapat kerja. Audit di JB. Alhamdulillah rezeki. Masa di JB dulu, setiap bulan aku balik Kedah. Sampailah 01/01/2015 aku dioffer bekerja di Kedah. Kerja biasa-biasa saja. Dan dari awal lagi,,masa interview lagi aku dah sedaq diri yang aku memang tak minat kerja ni. Tapi apa boleh buat, kena paksa pi interview jugak. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih bertahan dan sedaya upaya tahan sabaq. Kalau boleh harini jugak nak berenti.!

Sedihnya kerja di sini. Bukan setakat kerja tak best, environment kerja di sini pun tak best jugak. Hari kerja mesti rasa stress. Tak sabar nak tunggu weekend. Adoiiii. I need someone lah untuk bercerita. Tapi tak semua orang memahami. Nak mengeluh pun kan nanti ada orang cakap tak reti bersyukur pulak. Semua orang gila mencari kerja. Aku yang dah bekerja ni kalut nak berenti pulak.! Tu la tanggapan orang yang tak memahami. eiishhhh...bencinyaaaaaaa.!!!!!!!!!