Friday, December 30, 2016

~30th December 2016~

Mengantuk kaw kaw weiiiii tapi tak boleh tidoq pulak. Sambil minum ayaq lychee aku gagah jugak online sebab taktau la sebab apa. Lately banyak benda serabut. Serabut kerja belambak serabut hari hari dok bergaduh dengan salesman yang tak faham bahasa serabut nak trip last last tak jadi bertrip serabut perangai orang serabut blablabla dan jugak serabut "I Sayang You" 💔😔

Bila pikiaq pasai zaman dulu dulu, rasa seronok. Tapi seronok time tu ja la. Bila pikiaq balik la ni, bodo la aku buat macam tu dulu sambil tepuk tepuk kepala menyesai pun takdak guna. Dulu malas belajar, main banyak, bercinta pun sakannnn. Bila pikiaq balik, tak rugi pun kalau dulu tak bercinta. Hahaha funny la. Narrow minded jugak i yer. I tak boleh terima kenyataan hahaha begitu.!!! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian pun dah habeh pendapatan bulan ni buat bayaq bil hutang piutang sedekah amal jariah kat online seller.

Ralat jugak la. Dua tiga harini dok cari baju yang sesuai nak pakai masa wedding cousin aku nanti. Payah jugak nak cari hat betoi betoi berkenan sampai la aku terjumpa satu maxi dress ni aku suka gila top dia lace akooooosooookaaa hokayyy aku pm terus online seller tu syukurrrrr ada stock and harga dia pun murah alhamdulillah puas hati terjumpa baju yang aku suka dengan harga yang aku rasa murah sungguh la sampai aku terus transfer payment tanpa pikiaq panjang. Ya la, dok cari selama ni tak jumpa pun design lagutuuu haaa. Tadi takdak kerja aku search lagi maxi dress aku suka tu nahhhh tetiba belambak pulak orang juai terbeliak biji mata i tengok regaaa dia mashaallah 50% murah dari harga yang aku dah bayaq.! Apa ni? Baru tak sampai sejam aku bayaq tetiba teruih menjelma semua online seller yang juai sama design yang aku nak tu dengan harga yang jauh lebih murah nokharommm hehehe takpa la rezeki dia taksampai hati pulak nak cancel. Tapi lepas tu dok pikiaq pulak dah size baju tu. Free size fit till L tapi tengok pada ukuran dan gambaq model aku agak musykil. Model pakai fit fit elok ja tapi pasaipa dia kata ukur lilit dada baju tu 95cm? Nak la pakai nampak macam model tu pakai tapi cerita dia ukoq lilit dada dia 95cm apadia niiii wei dada aku pun 34cm ja macam mana cerita dia? Dada 95cm ni dada kingkong ka dada sapa? Adoilaaaa awat tak baca dulu description dia...eh aku baca tapi tak terpikiaq pulak dah tengok model pakai segak ja. Haihhh. Tak sabaq nak tunggu dress ni sampai. Harap harap tak seindah khabar dari rupa la nooooo...Hmmmm mengantuknya...

Tadi boss aku meeting dengan umw. Tunggu esok dia nak habaq apa. Kalau dia kata on, maka nya esok mengelupoq la kami kat office sampai malam settle kan semua before new year. If settle, sabtu boss aku bagi kami semua cuti and if not, hang mai jugak la sabtu tu kerja macam besa urghhhh sapa takmau cuti wei jenuh kelupoq la... Nasib baik gaji dah masuk. Sedap sikit nak kelupoq pun. Besa jugak last few months kami dipaksa kelupoq tanpa gaji. Memang kelupoq tak berapa nak ikhlas la. 

Okay aku dah tak tahan sangat aku nak tidoq buibui I love You hehehe

-0307-


Tuesday, October 25, 2016

~25th October 2016~

*
**
***
****
*****
******
*******
********
*********
I
Miss
You
**********
*********
********
*******
******
*****
****
***
**
*



~ Broken Angel ~
~23:13~

Friday, September 16, 2016

~16th SEPTEMBER 2016~

Hai. Saja nak update. Aku dah beberapa bulan bekerja. Alhamdulillah. Syukur. Selamat Hari Malaysia. Yehoo Woohoo Yahooo Hehoooo........


~16th September 2016~
~14:00~

Monday, April 25, 2016

~ 25th April 2016 ~

Dipendekkan cerita, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Yang tak dapat langsung pun ada. Tapi apa yang penting, bersyukur. Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Cuma kita saja yang tak sedar dan tak reti bersyukur. 

Okay, sebenaqnya banyak sangat benda berguling-guling dalam kepala otak aku. Semua berebut-rebut nak keluaq tapi aku taktau nak keluarkan yang mana dulu. Serabut dia hanya Tuhan saja yang tau. Hah!!!

Masalah kerja yang sangat umpphhh. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ummmpphhh sangat. Hampir tujuh bulan aku bersabar dengan title penganggur ni. Selagi boleh positive, aku positivekan saja. Tapi sepositive-positive aku pun ada jugak negative dia. Yang negative malas nak cerita, satgi hilang mood terussss.

To be honest, sekarang ni aku malas nak mengadap muka orang sekeliling. Asyik kena tanya soalan yang sama ja… “dah dapat kerja?” “bila nak kawen?” … Hmm… Kalau setiap hari nampak ja muka aku kat rumah ni maknanya aku tak kerja la. Ok sabaq.! Bab bila nak kawen tu, aku pun taktau nak jawab. Tu semua kerja Tuhan. Sama la macam mati, kita taktau bila kita akan mati. Dok sibuk kejar jodoh, kita tak sedar yang maut dok tunggu kita dah jengjengjeng. Macam tu jugak lah dengan rezeki. Kita dah usaha tapi kalau Allah kata tu bukan rezeki kita, sampai mati pun kita tak dapat. Apa yang Allah bagi, kena bersyukur. Sebab Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita. Walaupun ada rasa kecewa sebab apa yang kita nak tu tak dapat, and rasa macam berat sangat ujian hidup haaaaa ujian tu tanda Allah sayang tauuuuuuuu. 

Bila pikiaq balik, baru aku sedaq. Masa aku happy, ada kerja, ada duit, ada orang sayang…aku tak hargai. Amal ibadat pun kurang. Buat yang wajib ja, tu pun kadang-kadang buat kadang-kadang tak buat kadang-kadang rajin kadang-kadang malas. So – so sahaja relationship dengan Tuhan. Sikit-sikit Tuhan tarik nikmat happy yang Dia bagi dekat aku. Dari bekerja, aku berenti sebab tamat kontrak. Dari ada duit, sampai nak habis dah duit aku spend 7 bulan sebagai jobless ni. Dari ada orang sayang, sampai melayang-layang sayang tu taktau pi mana. Taktau apa yang aku rasa. Sedih kecewa marah benci serabut otak rasa nak gila etc etc hmmm taktau nak habaq macam mana. Kadang-kadang tu rasa macam nak marah semua orang tapi taktau nak marah macam mana. Muhasabah diri. Setiap apa yang jadi, jangan cepat nak salahkan orang lain. Ada saja salah kita yang kita sendiri tak sedaq. Ya lah, macam mana nak sedaq kalau diri sendiri tu jenis tak sedaq diri, suka salahkan orang lain, tak boleh terima kelemahan diri, nampak orang saja yang salah, diri sendiri semua betoi 200% betoi tiada bantahan gitu. Okaylah, untuk yang ni aku rasa baik aku stop kat sini saja. *Emotional level increased.*

Tapi, maksud aku kan, whatever happened, pikiaq apa yang kita dah buat dulu sebelum kita nak melulu salahkan orang lain. Haaa camtu la maksud aku. Okay dah. Hmm toleransi itu penting. Okay enough!!! Hmm hubungan manusia sesama manusia memang macam ni Ya Allah aku rasa macam nak menjerit mintak tolong fahammmmmmm perasaan aku. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

~ 25th April 2016, 4.21 a.m ~

Wednesday, January 6, 2016

Hai...

Dah lama tak blogging. Apa khabar? Kawan-kawan blogger pun semua dah menghilang. Ramai yang dah tak aktif blogging, termasuk lah aku. Sendu ja blog ni. Kesian... Nak aktif balik laaa...hmmm.....tapi malas pulak...errr tak malas pun tapi memang sedia maklum yang aku ni tak berbakat dalam hal-hal mengarang dan juga bahasa. Sebenarnya banyak sangat yang aku nak tulis..tapi tu la..hmmmm...

Disebabkan aku tak ada buat apa sekarang ni, aku akan penuhkan blog ni dengan post post yang "suka-hati-aku-lah-nak-post-apa-pun" okayyyy...yuhuuuu. Biarlah. Bukan ada orang baca pun.! Sesaja nak lepaskan perasaan. Nak syok syok sendiri. Ahh suka hati aku lah! 

06012016 Happy New Year!!! Masih dalam mood new year lagi. Masih lagi tersilap tulis 2015. Masih lagi terlupa umur sebenar. Masih belum berkahwin dan juga masih belum bekerja...ehh sudah empat bulan menganggur. Cepatnya masa berlalu. 

Dari dulu sampai sekarang ada ja yang dok tanya azam tahun baru dan dari dulu sampai sekarang jugaklah aku taktau nak habaq apa azam tahun baru aku. Bagi aku, nak berazam apa apa pun tak perlulah nak tunggu 1st January every year. Pelik. Sepatutnya hari-hari kena berazam untuk jadi lebih baik dari hari sebelum ni. Ahhh positive!! Suka hati laaa. Suka hati aku. Suka hati hang. Masing-masing punya pasai okayyyy. 

Yang sebenarnya, aku pun dah hampir lupa password blog ni. Sayang punya pasai, aku usaha log in jugak jugak sampai buleh. Walaupun dah sunyi sepi blog ni...tapi banyak kenangan...kawan...yang dah tak kawan pun mesti dok intai intai blog ni lagi kan...? Eiii perasannya!