Monday, April 25, 2016

~ 25th April 2016 ~

Dipendekkan cerita, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Yang tak dapat langsung pun ada. Tapi apa yang penting, bersyukur. Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Cuma kita saja yang tak sedar dan tak reti bersyukur. 

Okay, sebenaqnya banyak sangat benda berguling-guling dalam kepala otak aku. Semua berebut-rebut nak keluaq tapi aku taktau nak keluarkan yang mana dulu. Serabut dia hanya Tuhan saja yang tau. Hah!!!

Masalah kerja yang sangat umpphhh. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ummmpphhh sangat. Hampir tujuh bulan aku bersabar dengan title penganggur ni. Selagi boleh positive, aku positivekan saja. Tapi sepositive-positive aku pun ada jugak negative dia. Yang negative malas nak cerita, satgi hilang mood terussss.

To be honest, sekarang ni aku malas nak mengadap muka orang sekeliling. Asyik kena tanya soalan yang sama ja… “dah dapat kerja?” “bila nak kawen?” … Hmm… Kalau setiap hari nampak ja muka aku kat rumah ni maknanya aku tak kerja la. Ok sabaq.! Bab bila nak kawen tu, aku pun taktau nak jawab. Tu semua kerja Tuhan. Sama la macam mati, kita taktau bila kita akan mati. Dok sibuk kejar jodoh, kita tak sedar yang maut dok tunggu kita dah jengjengjeng. Macam tu jugak lah dengan rezeki. Kita dah usaha tapi kalau Allah kata tu bukan rezeki kita, sampai mati pun kita tak dapat. Apa yang Allah bagi, kena bersyukur. Sebab Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita. Walaupun ada rasa kecewa sebab apa yang kita nak tu tak dapat, and rasa macam berat sangat ujian hidup haaaaa ujian tu tanda Allah sayang tauuuuuuuu. 

Bila pikiaq balik, baru aku sedaq. Masa aku happy, ada kerja, ada duit, ada orang sayang…aku tak hargai. Amal ibadat pun kurang. Buat yang wajib ja, tu pun kadang-kadang buat kadang-kadang tak buat kadang-kadang rajin kadang-kadang malas. So – so sahaja relationship dengan Tuhan. Sikit-sikit Tuhan tarik nikmat happy yang Dia bagi dekat aku. Dari bekerja, aku berenti sebab tamat kontrak. Dari ada duit, sampai nak habis dah duit aku spend 7 bulan sebagai jobless ni. Dari ada orang sayang, sampai melayang-layang sayang tu taktau pi mana. Taktau apa yang aku rasa. Sedih kecewa marah benci serabut otak rasa nak gila etc etc hmmm taktau nak habaq macam mana. Kadang-kadang tu rasa macam nak marah semua orang tapi taktau nak marah macam mana. Muhasabah diri. Setiap apa yang jadi, jangan cepat nak salahkan orang lain. Ada saja salah kita yang kita sendiri tak sedaq. Ya lah, macam mana nak sedaq kalau diri sendiri tu jenis tak sedaq diri, suka salahkan orang lain, tak boleh terima kelemahan diri, nampak orang saja yang salah, diri sendiri semua betoi 200% betoi tiada bantahan gitu. Okaylah, untuk yang ni aku rasa baik aku stop kat sini saja. *Emotional level increased.*

Tapi, maksud aku kan, whatever happened, pikiaq apa yang kita dah buat dulu sebelum kita nak melulu salahkan orang lain. Haaa camtu la maksud aku. Okay dah. Hmm toleransi itu penting. Okay enough!!! Hmm hubungan manusia sesama manusia memang macam ni Ya Allah aku rasa macam nak menjerit mintak tolong fahammmmmmm perasaan aku. Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

~ 25th April 2016, 4.21 a.m ~