Monday, March 16, 2015

Hidup

Tiktoktiktoktiktok dah 7 bulan aku habis belajar dan dah 7 bulan jugaklah aku bergelar pekerja. Bosan jugak life sebagai pekerja ni rupanya. Dulu masa belajar, kalut sangat nak kerja. Tapi bila dah kerja, tetiba rasa macam nak sambung belajar lagiiiii. Hmmm...duniaaa duniaaa... Selalu rasa tak adil.!

Setiap hari dengan penuh semangatnya bangun pagi, mandi dan solat subuh. Tapi lepas subuh, semangat yang tadi tu terus hilang. Hilang pi mana pun taktau la. Apa yang aku tau, lepas subuh kena sesiap untuk pi kerja. Yaaa, kerjaaa.! Dan aku dah mula bosan dengan kerja ni. Dah 2 bulan lebih aku kerja di sini dan teramat sangatlah tak best.!

Tahun lepas, lepas ja submit research paper, terus aku dapat kerja. Audit di JB. Alhamdulillah rezeki. Masa di JB dulu, setiap bulan aku balik Kedah. Sampailah 01/01/2015 aku dioffer bekerja di Kedah. Kerja biasa-biasa saja. Dan dari awal lagi,,masa interview lagi aku dah sedaq diri yang aku memang tak minat kerja ni. Tapi apa boleh buat, kena paksa pi interview jugak. Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih bertahan dan sedaya upaya tahan sabaq. Kalau boleh harini jugak nak berenti.!

Sedihnya kerja di sini. Bukan setakat kerja tak best, environment kerja di sini pun tak best jugak. Hari kerja mesti rasa stress. Tak sabar nak tunggu weekend. Adoiiii. I need someone lah untuk bercerita. Tapi tak semua orang memahami. Nak mengeluh pun kan nanti ada orang cakap tak reti bersyukur pulak. Semua orang gila mencari kerja. Aku yang dah bekerja ni kalut nak berenti pulak.! Tu la tanggapan orang yang tak memahami. eiishhhh...bencinyaaaaaaa.!!!!!!!!!



Tuesday, October 21, 2014

Cerita ceriti ceritu

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun tak berblogging.

Disebabkan harini takda kerja, aku publickan semula blog ni, up la apa yang patut. Suka hati aku lah !!! Herhhh !!!

Apa apa pun syukurlah.. Dengan gagahnya aku dah berjaya menamatkan BBA (Hons) Finance yang terlalu banyak buang airmata aku.. Rasa macam mimpi. Tak sangka. Dulu hampir hampir nak quit belajar. Sekarang dah habis pun... Selamat sudaaaahhh. Alhamdulillah....

Dulu aku privatekan blog ni sebab tak suka kawan kawan baca. Oleh kerana aku berblogging secara misteri, aku benci orang orang sekeliling baca and dikhuatiri identiti sebenar terdedah. Haahaa. Blogging hanya untuk suka suka. So, update pun ikut suka hati lah, sampai ada orang yang sakit hati. Lalalalalalalala~

Aku mula blogging since 2008-2009 camtu lah. Tak ingat. Belambak dah blog aku create. Last last tinggal yang ni je lah. Tu pun banyak post dah didelete, sebab tak sopan. !! 

Sebab blog, aku ramai kawan, sebab blog lah aku hilang kawan, dan sebab blog jugak lah aku benci kawan aku. Hahhh sudahh !!! 

Hidup aku simple. Aku tak suka orang 'busybody' dan aku takda masa nak 'busybody' hal orang. Tapi apa boleh buat. Memang aku ditakdirkan hidup dengan orang orang yang sibuk menjaga peribadi orang ni. Dunia lah katakannnnn.... Redha..

Kehidupan dulu dan sekarang 200% changed. Duniaaaa kannnn. Biasalah.

Berubah ke arah kebaikan takpa. Jangan bertambah tambah kejahatan sudah la. 



Hmmmm..... Apaaaaa lagiiii niiiii..... Hmmmmm....


Takda apa dah kot. Okay lah. Caucincauuuu